3 Variasi Moto G6 Diperkenalkan – Telefon Pintar Dengan Spesifikasi Pertengahan

3 Variasi Moto G6 Diperkenalkan – Telefon Pintar Dengan Spesifikasi Pertengahan

Diterbitkan pada Apr 19, 2018 oleh .

Motorola hari ini meneruskan pengenalan generasi ke-6 untuk siri peranti Moto G, iaitu Moto G6. Sebanyak tiga variasi Moto G6 diperkenalkan hari ini, iaitu Moto G6, Moto G6 Plus dan juga Moto G6 Play.

Ketiga-tiga telefon pintar ini hadir dengan skrin menggunakan nisbah 18:9 yang menjadi trend baru sejak tahun lepas, menyertakan pengimbas cap jari, serta menawarkan pengalaman Android asli.

Moto G6 hadir dengan skrin 5.7-inci dengan paparan HD+ penuh, dilengkapi cip Snapdragon 450, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 8-megapixel. Menguasakannya adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Moto G6 Play pula hadir dengan skrin 5.7-inci dengan paparan 720p, dilengkapi cip Snapdragon 427, memori sehingga 3GB RAM, dan storan sehingga 32GB. Ia hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini dilihat memfokuskan masa penggunaan yang lama melalui bateri berkapasiti 4000mAh.

Moto G6 Play

Moto G6 Plus pula hadir dengan skrin lebih besar, iaitu 5.9-inci, dilengkapi cip Snapdragon 630, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 8-megapixel.

Peranti keluarga Moto G6 ini juga turut menyertakan beberapa ciri terkini, termasuk sokongan nyah-kunci berasaskan wajah.

Buat masa ini, tarikh pelancaran tempatan untuk ketiga-tiga peranti ini masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN