Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan keluarga Moto G6, pihak Motorola turut meneruskan legasi keluarga Moto E dengan memperkenalkan Moto E5. Seperti siri G6, sebanyak tiga variasi diperkenalkan dibawah Moto E5, iaitu Moto E5, Moto E5 Play dan juga Moto E5 Plus.

Moto E5 Plus

Moto E5 hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan nisbah skrin 18:9 pada resolusi 720p, cip Snapdragon 425, memori 2GB RAM dan storan 16GB. Ia hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel, selain menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh.

Moto E5 Play pula hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan resolusi 720p, dilengkapi cip Snapdragon 425/427, memori sehingga 2GB RAM, dan storan 16GB. Ia menggunakan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Moto E5 Play hanya menyertakan bateri berkapasiti 2800mAh sahaja.

Moto E5 Plus pula hadir dengan skrin 6-inci pada resolusi 720p dengan nisbah skrin 18:9, cip Snapdragon (tidak dinyatakan versi model), memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel, selain dilengkapi bateri berkapasiti 5000mAh.

Ketiga-tiga peranti ini hadir dengan sokongan pengimbas cap jari yang terletak pada logo ikonik Motorola, ciri kalis air, serta menjalankan versi Android asli.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Motorola akan memperkenalkannya untuk pasaran tempatan.

Moto E5

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd