Sony Xperia XZ2 mempunyai fungsi menarik dimana pengguna boleh melakukan imbasan swafoto secara tiga dimensi. Ini dilakukan menerusi aplikasi 3D Creator yang dibangunkan oleh Sony sendiri. Dengan fungsi ini imbasan wajah secara 3D dapat dilakukan sendiri tanpa bantuan pihak kedua.
Bagi pengguna Sony Xperia XZ Premium, XZ1 dan XZ1 Compact, peranti mereka juga mula menerima kemaskini yang membawakan fungsi yang sama. Anda hanya perlu mengemaskini aplikasi 3D Creator dari Play Store. Kemaskini ini membuatkan kesemua peranti utama Sony Xperia mempunyai fungsi-fungsi yang sama. Tiada sebab perlu membeli model terkini Xperia XZ2, XZ2 dan XZ2 Premium untuk menikmati fungsi paling terkini.