Cari @ Amanz

Februari lalu kami laporkan Google bakal memperkenalkan Android Message untuk digunakan pada web. Sebelum ini, Google hanya menawarkan akses versi web untuk Hangouts dan Allo sahaja. Semalam melalui The Verge, Google memperlihatkan Android Message untuk web secara rasmi.

Android Message untuk web ini dilihat mempunyai ciri seakan WhatsApp Web. Pengguna perlu mengimbas kod QR untuk menghubungkan peranti dengan desktop untuk menggunakannya. Fungsi ini boleh digunakan oleh peranti-peranti yang menggunakan Android Message sebagai aplikasi permesejan mereka seperti Nexus, Pixel, siri Huawei P20 dan Mate RS.

Antaramuka Android Message untuk web ini dilihat menggunakan rekaan Material Design seperti yang dilihat pada antaramuka Gmail yang akan datang. Antara ciri yang hadir ialah sejarah mesej yang diselarikan dengan peranti, keupayaan menghantar emoji dan juga menghantar gambar.

Pengguna boleh dijangka boleh mengaksesnya melalui laman khusus di sini. Walaubagaimanapun, laman web ini masih belum aktif dan kemaskini aplikasi Android Message yang menyokong ciri ini masih belum hadir di Play Store. Sokongan Message dijangka akan diaktifkan dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd