Cari @ Amanz

Ura-ura mengenai telefon pintar Samsung yang boleh lipat mungkin akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Peranti ini yang digelar sebagai Galaxy X ini dikatakan mungkin akan dipasarkan pada tahun 2019.

Terkini Samsung mempatenkan peranti boleh lipat dengan papan kekunci terbina di belakang pada salah satu panel skrin peranti tersebut. Paten baru Samsung ini dilihat boleh dilipat pada pelbagai mod. Satu mod adalah untuk papan kekunci fizikal makala satu lagi adilihat memfokuskan paparan notifikasi seperti Always On Display dan mungkin juga boleh dibentangkan menjadikan ia sebagai mod tablet.

Samsung Galaxy X akan berbeza dengan ZTE Axon M, ini kerana peranti Samsung akan menggunakan skrin fleksibel dan kesan lipatan mungkin tidak kelihatan berbanding Axon M yang menggunakan engsel seakan pintu.

Jika tahun lalu skrin bertakuk menjadi kegilaan pengeluar adalah Galaxy X akan memulakan trend baru skrin boleh lipat. Pengeluar lain seperti Oppo dan Apple turut telah memfailkan paten untuk peranti skrin boleh lipat mereka sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd