Universiti Singapura Menghasilkan Robot Yang Memasang Perabot IKEA Secara Kendiri

Universiti Singapura Menghasilkan Robot Yang Memasang Perabot IKEA Secara Kendiri

Diterbitkan pada Apr 20, 2018 oleh .

Kerap kali kami mendengar insan merungut perabot IKEA perlu disambung sendiri di rumah dan tidak hadir terpasang. Insan-insan ini mengatakan buku panduan yang diberikan tidak tepat sekaligus melambatkan proses pemasangan. Bagi insan seperti ini, di masa hadapan ia mungkin tidak akan berlaku lagi kerana terciptanya robot pemasang perabot IKEA yang berfungsi secara kendiri.

Robot yang mampu memasang perabot secara kendiri ini dibangunkan oleh penyelidik dari fakulti kejuruteraan mekanikal dan aeroangkasa
di Nanyang Technological University (NTU) di Singapura. Secara keseluruhan robot ini mengambil masa 11 minit 21 saat merancang proses pemasangan. Ia kemudian mengambil masa 8 minit 55 saat untuk memasang kesemua komponen kerusi dengan betul.

Sebelum proses pemasangan dilakukan, robot ini akan mengambil gambar kesemua komponen secara tiga dimensi. Ia kemudian mengenal pasti setiap lokasi komponen sebelum algoritma yang diprogramkan merancang setiap langkah pemasangan. “Tangan” robot dilengkapi sensor tekanan bagi mengelakkan kerosakan ketika pemasangan dilakukan.

Penyelidik di NTU berharap kejayaan ini akan menjadi batu loncatan kepada robot yang boleh melakukan pelbagai tugasan harian seperti seorang manusia. Langkah seterusnya ialah memprogramkan robot yang boleh membaca manual atau memasang objek dengan hanya melihat objek yang sudah siap dipasang.

Kertas kerja kajian robotik dan kajian selama tiga tahu ini telah diterbitkan di dalam journal Science Robotic. Bagi yang berminat mengetahui lebih lanjut, sila ke pautan di bawah.


TIPS & ULASAN