Tim Cook : Tiada Perancangan Untuk Mengabungkan MacOS Dan iOS

Tim Cook : Tiada Perancangan Untuk Mengabungkan MacOS Dan iOS

Diterbitkan pada Apr 20, 2018 oleh .

Sejak daripada tahun lepas, kita telah mendengar beberapa desas-desus mengatakan sistem macOS dan iOS mungkin akan digabungkan menjadi satu – sekaligus memudahkan pembangun menawarkan aplikasi dan sebagainya.

Bercakap mengenainya, Tim Cook mengatakan yang mana perkara berkenaan mungkin akan menjadikan syarikat Apple lebih efisyen berbanding hari ini – tetapi ia bukan sesuatu yang mereka inginkan. Tim Cook mengatakan kedua-dua sistem operasi ini memenuhi permintaan dan kriteria berbeza, dan pengguna tidak inginkan kedua-duanya disatukan, kerana ia mungkin akan membuatkan beberapa ciri-ciri hilang.

Komen terbaru Tim Cook ini sekaligus membuatkan desas-desus sebelum ini dimatikan. Buat masa ini, antara sistem operasi yang menawarkan kaedah penggunaan selari antara semua saiz peranti adalah Windows. Sementara, Google pula mengintegrasikan sokongan aplikasi Android pada ChromeOS untuk memudahkan pengguna menggunakan aplikasi dengan mudah pada komputer riba Chromebook. Mungkinkah kelak kita akan melihat Apple melaksanakan kaedah seumpama Google, dan pada masa yang sama menawarkan dua sistem operasi berbeza?


TIPS & ULASAN