Cari @ Amanz

Chrome OS adalah sistem operasi ringan berasakan pelayar Google Chrome. Ia memfokuskan kepada kerja-kerja pejabat, menonton video dan juga melayari web.

Sejak kebelakangan ini Google dilihat cuba mengemaskini Chrome OS untuk kelihatan seakan antaramuka Android asli. Terkini, talam sistem dan ruang notifikasi Chrome OS untuk versi Canary digabungkan. Gabungan dua perkara penting dalam Chrome OS ini mempunyai rekaan serba bulat seakan Android P.

Untuk pengguna yang menggunakan Chrome OS versi Canary boleh mengaktifkan antaramuka ini dengan mengisi kod flag di bawah pada ruang carian Chrome OS.

chrome://flags/#enable-system-tray-unified

Rekaan ini dikatakan akan hadir pada versi dev dan Beta tidak lama lagi. Adakah ini rekaan Material Design 2.0? Sama-sama kita lihat apabila rekaan ini hadir pada Chrome OS versi stabil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd