Cari @ Amanz

Netflix pada hari ini sedia popular sebagai penyedia perkhidmatan penstriman video popular, dan mempunyai filem terbitan mereka tersendiri yang boleh dikatakan sama taraf dan kadang-kala membawa penceritaan lebih baik daripada filem-filem yang ditayangkan dipawagam.

Terkini, ia dilaporkan yang mana Netflix pernah cuba dan mempertimbangkan untuk membeli pawagam dalam terus memperluaskan empayar mereka.

Ia dikatakan Netflix pernah berbincang untuk mengambil-alih salah satu perniagaan pawagam di Amerika Syarikat, namun, mereka membatalkan perancangan berkenaan kerana harga jualan yang tinggi.

Ia dikatakan langkah ini dipertimbangkan oleh Netflix dalam usaha bagi membolehkan filem-filem terbitan mereka bertanding untuk memenangi pelbagai anugerah. Pelbagai anugerah berprestij dalam arena perfileman memerlukan sesuatu filem berkenaan dimainkan di panggung wayang sebelum dapat disenaraikan untuk sesuatu anugerah.

Memandangkan Netflix melabur wang yang tinggi dalam penerbitan filem, mereka semestinya tidak ingin ketinggalan dalam menyertai untuk memenangi anugerah. Langkah ini sekaligus akan membuatkan filem terbitan mereka dibincangkan ramai – sekaligus membawa kepada lebih ramai pelanggan baru untuk melanggan perkhidmatan mereka.

Walaubagaimanapun, mungkin selain daripada masalah pada harga yang tinggi, satu lagi cabaran bagi Netflix adalah mengenai bagaimana mereka ingin mengawal waktu tayangan di pawagam – dan mempertontonkannya kepada pelanggan mereka lain di seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd