Cari @ Amanz

Xiaomi agak aktif dalam membuka sejumlah Mi Store di Malaysia sejak tahun lepas, dan terkini ia kelihatan yang mana pihak Xiaomi (melalui pengedar mereka) bakal membuka sebuah lagi Mi Store dalam bulan ini, di Kedah Darul Aman.

Xiaomi Aman Central

Terletak di Aman Central, Alor Setar, kedai Mi Store ini akan memudahkan para pengguna sekitar Kedah untuk mencuba terlebih dahulu sesuatu produk Xiaomi sebelum membelinya. Kita juga mungkin akan dapat melihat penawaran sejumlah aksesori melalui Mi Store berkenaan.

Langkah ini sekaligus akan membolehkan Xiaomi terus memperkukuhkan jenama mereka dikalangan pengguna tempatan, selain menjadi satu lagi saluran dalam memudahkan pengguna mendapatkan produk Xiaomi.

Tips daripada Nazih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd