SEGA Jepun Menawarkan Perkahwinan Dengan Watak Permainan Video Otome Secara Realiti Maya

SEGA Jepun Menawarkan Perkahwinan Dengan Watak Permainan Video Otome Secara Realiti Maya

Diterbitkan pada Apr 21, 2018 oleh .

Kita kini di tahun 2018 dan permainan video tidak lagi didominasi oleh kaum lelaki. Di Jepun permainan bergenre otome (anak dara) amat popular di kalangan wanita kerana membolehkan mereka mempunyai hubungan dengan watak permainan video yang kacak. Bagi peminat permainan otome, SGEA kini menawarkan “perkahwinan” dengan watak kegemaran di dalam dunia realiti maya.

Sega VR Area Akihabara akan membenarkan pelawat berkahwin dengan watak keluaran Voltage seperti Yamato Kougami, dari permainan Chikai no Kiss ha Totsuzen ni Love Ring, Henry A. Spencer dari Ojisama no Propose Eternal Kiss  dan Date Masamune dari Tenkadoitsu Koi no Ran Love Ballad.

Bayaran untuk pengalaman perkahwinan maya ini ialah 800 Yen (~RM 29) tetapi jika anda mahukan gambar dan sijil pernikahan fizikal anda perlu membayar lagi 700 Yen (~RM 25). Perkahwinan maya ini akan hanya ditawarkan sehingga 8 Mei 2018.


TIPS & ULASAN