Inter Milan Dicemuh Kerana Meletakkan Nama Instagram Di Belakang Jersi Pemain

Inter Milan Dicemuh Kerana Meletakkan Nama Instagram Di Belakang Jersi Pemain

Diterbitkan pada Apr 21, 2018 oleh .

Sukan bola sepak menurut Bill Shankly adalah lebih penting daripada hidup dan mati. Peminat sanggup berbunuhan di Scotland kerana kelab yang disokong. Dengan wujudnya media sosial, jumlah pengikut akaun rasmi dijadikan kayu pengukur betapa besarnya kelab pada persada global. Oleh itu pelbagai gimik dilakukan bagi meningkatkan jumlaj pengikut di media sosial.

Inter Milan melakukan gimik baru dengan meletakkan nama Instagram rasmi pemain di belakang jersi. Menurut akaun rasmi Inter, ini adalah inisiatif #InterSocialNight. Reaksi dari peminat agak negatif kerana melanggar tradisi pemain yang sepatutnya menggunakan nama sendiri.

Tetapi peminat tidak perlu risau kerana penggunaan nama Instagram pada jersi ini hanya terhad di bilik persalinan. Di dalam perlawanan sebenar Selasa lalu, kesemua pemain memakai nama sebenar di atas padang dan mereka menang 4-0 menentang Cagliari.


TIPS & ULASAN