Oppo F7 128GB Dengan 6GB RAM Berharga RM1699 Di Malaysia

Oppo F7 128GB Dengan 6GB RAM Berharga RM1699 Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 21, 2018 oleh .

Oppo Malaysia hari ini turut telah mengumumkan penawaran satu lagi variasi Oppo F7 untuk pasaran tempatan, iaitu yang hadir dengan storan sebesar 128GB. Untuk pasaran tempatan, Oppo F7 128GB ini akan ditawarkan pada harga RM1699.

Bersama-sama peningkatan saiz storan, ia turut hadir dengan memori 6GB RAM bagi membolehkan anda menikmati kelancaran penggunaan aplikasi serta sokongan multi-tugasan yang lebih baik.

Oppo F7 128GB

Penawaran lain yang disediakan adalah lebih kurang sama dengan model asal. Oppo F7 hadir menggunakan skrin 6.23-inci dengan rekaan bertakuk, dilengkapi cip MediaTek Helio P60, sokongan dwi-SIM dan mikro-SD, serta bateri berkapasiti 3400mAh. Ia menggunakan kamera hadapan 25-megapixel untuk rakaman swafoto, selain kamera 16-megapixel dibahagian belakang. Oppo turut menekankan kepada ciri rakaman gambar dengan bantuan kecerdasan buatan pada peranti ini.

Ia hadir menjalankan sistem operasi ColorOS 5.0 berasaskan kepada Android 8.1 Oreo. Model versi biasa ditawarkan pada harga RM1399 yang hadir dengan 4GB RAM dan 64GB storan.

Oppo F7 128GB dengan 6GB RAM ini pula akan dipasarkan bermula 28 April 2018 ini. Bagi anda yang berminat, turut boleh melakukan pra-tempahan untuknya antara 23 April ini hingga 27 April kelak.


TIPS & ULASAN