Cari @ Amanz

Pada hari ini, ramai sedia maklum yang mana terdapat beberapa peranti Samsung yang hadir dengan butang fizikal untuk pembantu maya digital mereka, Bixby. Kini, mengikut jejak, LG turut dijangka menyertakan butang fizikal khusus yang didedikasikan untuk Google Assistant.

LG G7

Butang khusus ini dijangka terletak pada bahagian kiri telefon pintar berkenaan, sementara pada bahagian kanan pula terletaknya butang kuasa. Pengimbas cap jari dikatakan akan diletakkan pada bahagian belakang peranti.

Sekiranya laporan daripada Cnet ini adalah tepat, maka ia akan menjadikan LG G7 ThinQ antara peranti terawal yang hadir dengan butang khusus untuk mengakses Google Assistant.

Pada hari ini, pengguna perlu menekan butang “Home” untuk seketika bagi mengaktifkan Google Assistant – malah ramai pengguna yang masih tidak menggunakan pembantu digital maya daripada Google ini.

LG dijangka memperkenalkan telefon pintar mereka pada 2 Mei kelak, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar terbaru daripada LG ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd