Cari @ Amanz

Aplikasi realiti gabungan semakin banyak di pasaran kerana pengenalan Apple ARKit dan Google ARCore. Setakat ini sudah wujud aplikasi melihat perabot IKEA dan melukis di udara secara tiga dimensi menggunakan teknologi ini. Bagi mereka yang ingin menjadi jurugambar, kini wujud pula Photo Studio AR.

Aplikasi ini membolehkan pengguna merakam gambar model maya dengan sistem lampu studio yang lengkap Secara teorinya pengguna boleh melatih diri untuk menjadi jurugambar sebenar dengan aplikasi ini. Model 3D maya di dalam aplikasi boleh bergerak dan bergaya seperti model sebenar.

Terdapat pilihan model lelaki dan wanita dengan pilihan pakaian yang ditawarkan secara pembelian dalam aplikasi. Saiz model, jenis lampu dan jumlah lampu boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna. Photo Studio AR boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS dengan harga RM39.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd