Cari @ Amanz

Dua model Meizu 15 dilancarkan di China hujung minggu lalu dengan pemproses Exynos 8895. Ini ialah pemproses yang sama seperti yang digunakan pada Samsung Galaxy Note 8 dan S8 tahun lalu. Terdapat juga satu model kelas pertengahan yang menggunakan pemproses Snapdragon 625. Model-model yang dilancarkan ialah Meizu 15 Plus, Meizu 15 dan Meizu M15.

Meizu 15 Plus dilancarkan dengan skrin 5.95″ AMOLED QHD, pemproses Exynos 8895, memori sebesar 6GB RAM, storan 64/128GB, kamera 12+20 Megapixel f/1.8, kamera hadapan 20-Megapixel dan bateri sebesar 3500 mAh dengan pengecasan pantas. Model ini hadir dengan sistem kamera zoom optikal dan OIS. Sistem operasi yang digunakan ialah Android dengan pelancar Flyme 7.0.

Meizu 15 pula dilengkapi skrin 5.46″ AMOLED HD penuh, pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 4GB RAM, storan 64/128GB, kamera 12+20 Megapixel f/1.8, kamera hadapan 20-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh dengan pengecasan pantas. Model ini hadir dengan sistem kamera zoom optikal dan OIS. Sistem operasi yang digunakan ialah Android dengan pelancar Flyme 7.0.

Akhir sekali ialah Meizu M15 dengan skrin 5.46″ LTPS LCD HD penuh, pemproses Snapdragon 626, memori sebesar 4GB RAM, storan 64GB, kamera 12 Megapixel f/1.9, kamera hadapan 20-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh dengan pengecasan pantas. Model ini hadir dengan sistem kamera zoom optikal dan OIS. Sistem operasi yang digunakan ialah Android dengan pelancar Flyme 7.0.

Di China Meizu 15 Plus dijual pada harga bermula RMB 2999 (~RM 1855) sebuah, Meizu 15 dijual pada harga RMB 2499 (~RM 1545) dan Meizu M15 pula dijual pada harga RMB 1699 (~RM 1050).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd