Cari @ Amanz

Facebook pada awalnya dibangunkan khusus untuk kegunaan para pelajar, sebelum diperluaskan penawaran untuk pengguna seluruh dunia. Kini, dengan populariti Facebook, gergasi laman sosial berkenaan dilihat sedang membangunkan sebuah ciri permesejan baru mengkhususkan kepada para pelajar sekolah.

Ciri baru ini ditemui melalui kemaskini terbaru Facebook Messenger untuk iOS oleh TNW. Fungsi berkenaan masih pada peringkat pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dilancarkan secara rasminya.

Facebook Sekolah

Daripada apa yang ditemui, pengguna akan dapat melihat ciri baru ini sekiranya mereka menambah sesuatu sekolah pada profil mereka. Seterusnya, anda turut boleh membuat carian kelas dan sebagainya, dan menyertainya. Pelajar turut dilihat akan dapat menyenaraikan kursus yang sedang diambil dan sebagainya – sekaligus menjadikan “Messenger untuk Pelajar” ini sebagai salah satu medium yang memudahkan para pelajar kekal berkomunikasi.

Pihak Facebook masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan penawaran ciri baru ini, dan bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd