Cari @ Amanz

Seringa kali berita mengenai kecerdasan buatan agak menakutkan kerana ia mampu menggantikan tugas manusia. Di Jepun kecerdasan buatan telahpun menggantikan kesemua pekerja di sebuah firma dan bertanding di dalam pilihanraya. Di India kecerdasan buatan Microsoft Azure telah digunakan untuk kebaikan pelajar sekolah,

Di negeri Andra Pradesh yang terletak di tenggara India, kecerdasan buatan digunakan bagi mengenalpasti pelajar yang mempunyai risiko berhenti daru bersekolah yang tinggi. Setakat ini 19500 pelajar telah dikenalpasti di daerah Visakhapatnam. Mereka kemudian diberikan sesi kaunseling dan menghadiri pelbagai program bagi memastikan mereka meneruskan persekolahan.

Selain mengenalpasti pelajar yang berisiko, kecerdasan buatan ini juga mengenalpasti faktornya. Antaranya sebab utama yang ialah kekurangan kerusi meja dan kemudahan tandas di sekolah. Akses kepada data raya memudahkan proses meramal kebarangkalian pelajar tercicir dari sekolah di India. Mungkin di Malaysia ia boleh digunakan untuk mengesan pelajar yang berisiko kekurangan zat kerana kelaparan pula kerana ia dilaporkan semakin serius.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd