Asus Zenfone Max Pro M1 telahpun dilancarkan secara rasmi serentak di India dan Indonesia sebentar tadi. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Zenfone Max Pro M1 dilengkapi skrin 5.99″ IPS LCD FHD+, dijana pemproses Snapdragon 636, memori sebesar 3/4GB RAM dan storan sebesar 32/64GB.
Kemampuan kamera utama pula ialah 13+5 Megapixel f/2.0 dengan kamera swafoto pula sebesar 8-Megapixel f/2.2 dengan flash terbina. Membekalkan kuasa pada peranti ini ialah bateri sebesar 5000 mAh dengan sokongan pengecasan 10W. Menurut Asus tempoh pengecasan mengambi masa 2 jam 42 minit.
Sistem operasi yang digunakan ialah Android 8.1 Oreo asli tanpa pelancar ZenUI seperti peranti Asus yang lain. Kemaskini Android pula akan disokong sehingga Android Q.Peranti menyokong dwi-SIM nano dengan slot berasingan untuk kad mikroSD sehingga 2TB. Terdapat pengimbas cap jari pada bahagian belakang serta sistem imbasan wajah.
Di India ia dijual pada harga INR 10999 (~RM 646) untuk versi 3GB/32GB manakala untuk versi 4GB/64GB pula ialah INR 12999 (~RM 764). Turut diumumkan ialah sebuah lagi versi dengan memori dipertingkatkan ke 6GB RAM, storan 64GB. kamera utama 16+5 Megapixel dan kamera hadapan 16-Megapixel. Model ini pula akan dijual pada harga INR 14999(~RM 881).