Motosikal Ducati Akan Dilengkapi Radar Hadapan Dan Belakang Menjelang 2020

Motosikal Ducati Akan Dilengkapi Radar Hadapan Dan Belakang Menjelang 2020

Diterbitkan pada Apr 23, 2018 oleh .

Motosikal ialah jenis kenderaan dengan jumlah kemalangan yang tertinggi di Malaysia. Pada tahun 2017, hampir 7 ribu kematian melibatkan penunggang motosikal telah dilaporkan. Oleh itu penggunaan teknologi diperlukan bagi mengurangkan kemalangan melibatkan motosikal. Ducati, pengeluar terkenal dari Itali mengumumkan kesemua motosikal keluaran mereka akan dilengkapi sistem radar menjelang 2020.

Radar akan diletakkan pada bahagian hadapan dan belakang motosikal. Sistem penggera akan berbunyi apabila ia mengesan kehadiran objek dari bahagian belakang. Radar hadapan pula akan mengawal sistem cruise control yang memperlahankan motosikal apabila mengesan kenderaan semakan hampir di hadapan. Ini amat berguna bagi penunggang yang mungkin perhatiannya terganggu.

Selain daripada itu Ducati akan bekerjasama dengan Dainese bagi menghasilkan sensor motosikal yang berfungsi secara selari dengan sistem beg udara terbina di dalam baju penunggang motosikal rekaan mereka.


TIPS & ULASAN