HTC Akan Membuka Pra-Tempah Untuk HTC Desire 12 Dan Desire 12+ – Bermula Dari RM599

HTC Akan Membuka Pra-Tempah Untuk HTC Desire 12 Dan Desire 12+ – Bermula Dari RM599

Diterbitkan pada Apr 23, 2018 oleh .

HTC dilihat bakal membuka kedai atas talian di Shopee pada 26 April kelak, dan bersama-samanya juga hadir pra-tempah untuk telefon kelas mampu milik mereka, iaitu HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+.

Menurut HTC, kedai atas talian mereka akan dibuka pada 26 April kelak pada pukul 9am, dan mereka akan mula membuka pra-tempah eksklusif untuk 1000 unit telefon HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+ untuk pasaran tempatan.

HTC Desire 12

Menurut HTC Malaysia, telefon-telefon ini hadir dengan tanda harga asal RM739 untuk HTC Desire 12 dan RM899 untuk telefon HTC Desire 12+, tetapi jika anda menempah telefon-telefon ini melalui Shopee, anda boleh mendapatkan HTC Desire 12 pada harga RM599 dan HTC Desire 12+ pada harga RM729.

HTC Desire 12

Dari segi rekaan warna pula, kedua-dua telefon HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+ akan hadir dengan warna Warm Silver dan Cool Black. Buat masa ini, HTC Malaysia masih belum mengumumkan lagi bilakah siri HTC Desire 12 ini akan mula dijual secara rasmi.


TIPS & ULASAN