OnePlus 6 Disahkan Mempunyai Panel Belakang Diperbuat Daripada Kaca

Diterbitkan pada Apr 23, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semakin hampir kepada tarikh pelancaran, semakin banyak maklumat mengenai OnePlus 6 diketahui. Hari ini pihak OnePlus mengesahkan peranti terkini mereka ini akan akhirnya menggunakan bahan binaan kaca pada panel belakang.

OnePlus terlebih dahulu menghasilkan 70 prototaip peranti dengan panel kaca sebelum memilih rekaan akhir di atas. Mereka juga berkata lima lapisan Nanotech digunakan pada permukaan kaca ini bagi memberikan kemasan yang paling premium. Penggunaan kaca ini tidak mengejutkan kerana imej yang tertiris sebelum ini memang menunjukkan panel kaca. Peranti ini juga akan mempunyai kemampuan kalis air dan skrin bertakuk.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami