Cari @ Amanz

Amazon merupakan salah satu syarikat e-dagang yang terbesar di dunia, dan mempunyai pelaburan yang tinggi dalam pembangunan teknologi. Terkini, menurut Bloomberg, syarikat e-dagang berkenaan turut sedang dalam proses membangunkan sebuah robot khusus untuk digunakan dalam kediaman.

Pembangunan robot khusus ini dijangka memperluaskan lagi penggunaan Alexa. Ia dikatakan tujuan utama robot berkenaan masih menjadi persoalan, tetapi ia dijangka mengikuti pengguna di rumah dalam membantu mereka melalui penggunaan teknologi Alexa, serta beberapa ciri tambahan yang lain.

Projek pembangunan robot in dikatakan dikenali sebagai “Vesta“, dan berkemungkinan ia diuji dikalangan pekerja Amazon pada penghujung tahun ini. Sekiranya semuanya berjalan lancar, kita mungkin melihat penawaran awam robot berkenaan pada 2019 kelak.

Seperti ramai sedia maklum, bukan Amazon sahaja yang sedang membangunkan robot untuk membantu pengguna. Sebelum ini, Asus turut telah memperkenalkan robot mereka dinamakan Zenbo, namun masih belum dipasarkan meluas sehingga ke hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd