“Kahlee” Adalah Kod Nama Untuk Chromebook Yang Dijana Pemproses AMD Raven Ridge

“Kahlee” Adalah Kod Nama Untuk Chromebook Yang Dijana Pemproses AMD Raven Ridge

Diterbitkan pada Apr 24, 2018 oleh .

Chrome OS semakin berkembang dan penggunaannya dilihat semakin popular. Pengeluar juga semakin banyak dilihat memberi peluang untuk menggunakan sistem operasi ringan ini pada peranti mereka.

Terkini, ahli XDA menemui satu barisan kod di Chromium Gerrit mengenai satu peranti Chromebook dengan kod nama “Kahlee”. Apa yang menarik dengan Chromebook bernama Kahlee ini adalah ia dilihat dijana oleh pemprses AMD Raven Ridge.

Jika peranti ini menjadi kenyataan, ia akan menjadi Chromebook pertama dengan cip pemproses oleh AMD. Ini kerana sebelum ini, Chromebook hanya menggunakan cip Intel atau ARM sahaja.

Selain itu, Chrome OS juga kini menyokong aplikasi Android seperti permua-permua dan dengan penggunaan cip AMD pada Chromebook ini ia akan memberi pengalaman yang luar biasa.


TIPS & ULASAN