AMD Memperkenalkan Kotak Combat Crate Untuk Mereka Yang Ingin Membina Komputer Gaming Mereka Sendiri
AMD

AMD Memperkenalkan Kotak Combat Crate Untuk Mereka Yang Ingin Membina Komputer Gaming Mereka Sendiri

Diterbitkan pada Apr 24, 2018 oleh .

AMD baru sahaja memperkenalkan siri CPU AMD Ryzen Desktop 2000 mereka beberapa minggu lepas, dan kini, mereka nampaknya ingin memastikan bahawa mereka masih boleh menjual CPU-CPU Ryzen dan papan induk generasi pertama mereka dengan pakej terbaru mereka.

Pakej ini dinamakan AMD Combat Crate, dan syarikat pembuat cip tersebut dilihat bekerjasama dengan syarikat-syarikat pembuat komponen untuk menjual kombo CPU, papan induk dan juga kad grafik generasi lepas pada harga mampu milik.

Menurut AMD, CPU yang akan dijual melalui Combat Crate ini ialah AMD Ryzen 7 1700 dan AMD Ryzen 7 1600, kad grafik AMD Radeon RX 580 dan juga papan induk AMD B350. Terdapat juga kebarangkalian bahawa komponen-komponen ini dipilih kerana AMD ingin menjual komponen-komponen ini sebelum papan induk siri B450 untuk CPU Ryzen generasi kedua mula dijual.

Buat masa ini, hanya MSI yang dilihat hadir dengan kotak Combat Crate ini, manakala pihak AMD pula masih belum mengumumkan lagi bilakah pakej ini akan dilancarkan dan berapakah harganya.


TIPS & ULASAN