Cari @ Amanz

Daydream adalah platform realiti maya oleh Google. Daydream juga hanya boleh digunakan pada dua belas peranti rasmi yang diiktiraf sebagai Daydream-ready Phones dengan aksesori fizikal realiti maya yang menyokong Daydream View.

Penggunaan Daydream masih lagi terhad, kerana pengalaman realiti maya yang ditawarkan adalah sedikit berbeza dengan platform realiti maya biasa. Terkini, pelayar web Google Chrome versi 66 boleh ditambah pada pelancar Daydream VR. Pengguna akan menerima kemaskini ini secara berperingkat atau boleh menuat turun menerusi APKMirror.

Dengan sokongan ini, pengguna boleh menggunakan pelayar web Chrome dalam mod realiti maya dan pengalaman seakan menggunakan hologram JARVIS dari filem Iron Man.

Antara peranti yang menyokong Daydream secara rasmi adalah Porsche Design Mate 9, Mate 9 Pro, Moto Z Force, Moto Z, Axon 7, semua telefon pintar siri Pixel, Moto Z2 Force, Samsung Galaxy S8/S8+/Note 8, LG V30, Zenfone AR dan akan datang Galaxy S9/S9+. Jika anda memiliki peranti-peranti ini dan turut mempunyai aksesori fizikal realiti maya yang menyokong Daydream anda boleh mula cuba hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd