Fitbit hari ini telah melancarkan Fitbit Versa untuk pasaran tempatan, dan pada masa yang sama turut berkongsi mengenai gelang tangan pintar mereka yang disasarkan untuk pengguna kanak-kanak, dinamakan Fitbit Ace.
Melalui Fitbit Ace, ia disasarkan untuk pengguna berusia 13 tahun dan ke bawah. Ia hadir dengan sokongan ketahanan bateri sehingga 5 hari, selain menyertakan sokongan notifikasi panggilan suara. Akaun Fitbit untuk kanak-kanak ini diuruskan melalui Family Account oleh ibu bapa atau penjaga.
Fitbit Malaysia menyasarkan untuk memasarkan ia untuk pasaran tempatan sekitar Jun 2018 kelak, dan ia mungkin dijual pada harga kurang RM500 – sekitar RM490.