Carian
6 Mi Store Baru Bakal Dibuka Bulan Mei – Termasuk Di Johor, Melaka, Alor Setar, Dan Kota Kinabalu
April 24, 2018 Aman

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengadakan acara pelancaran telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi Note 5. Bersama-sama dengan pelancarannya, pihak Xiaomi berkongsi beberapa perkara menarik, termasuk berkenaan dengan Mi Store.

Xiaomi mengatakan mereka akan membuka sekitar 6 Mi Store baru pada bulan Mei ini, iaitu di Johor Bahru, Melaka, Alor Setar, Kota Kinabalu, Selangor dan juga Pulau Pinang.

Xiaomi Mi Store Malaysia

Dengan adanya Mi Store, ia sekaligus memudahkan para pengguna untuk mencuba peranti Xiaomi sebelum membelinya, selain turut mendapatkan aksesori dan peranti-berhubung lain yang ditawarkan oleh mereka.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai lokasi spesifik ia akan dibuka dalam minggu-minggu akan datang.

Komen