Carian
Aplikasi Lazada Dikemaskini Dengan Enam Fungsi Baru Sempena Ulang Tahun Ke Enam
April 24, 2018 Effi Saharudin

Laman membeli belah atas talian nombor satu negara Lazada menyambut ulang tahunnya yang ke-enam. Sempena menyambut ulang tahun ini, aplikasi Lazada telah dikemaskini dengan enam fungsi baru. Pertama sekali muka hadapan aplikasi kini akan memaparkan produk dan promosi yang relevan kepada mereka. Ini dilakukan dengan melihat tabiat pembelian dan pelayaran mereka di laman Lazada sebelum ini.

Fungsi kedua ialah fungsi Chat Now yang membolehkan pelanggan berbual secara terus dengan penjual. Fungsi ini masih di tahap Beta dan diharap dapat memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk. Ketiga ialah dari 25-27 April ini, pembelian menggunakan Lazada Wallet akan menerima pulangan tunai sebanyak 10%.

Keempat pula pelanggan boleh mengikuti penjual kegemaran mereka seperti yang dilihat di Facebook. Melalui fungsi ini mereka akan menerima notifikasi lebih awal mengenai promosi terkini yang ditawarkan penjual yang diikuti. Kelima pula ialah fungsi Scan to Shop yang merupakan sistem imbasan kod QR. Imbasan kod boleh dilakukan di kedai luar talian bagi mendapatkan promosi terkini. Kod QR juga boleh dikongsi bagi membawa pelanggan terus ke laman produk yang ingin dijual.

Akhir sekali ialah fungsi Shake Shake yang memberikan peluang kepada pengguna aplikasi untuk memenangi pelbagai baucar. Mereka hanya perlu membuka aplikasi dan menggoncang peranti pada jam 1.30 petang dan 8 malam sepanjang tempoh perayaan ulang tahun Lazada. Pada waktu yang sama Lazada akan menawarkan potongan sehingga 90% kepada beberapa produk terpilih sepanjang tempoh perayaan ini,

Komen