Asus Zenfone Max Pro (M1) Akan Memasuki Pasaran Malaysia Pada Pertengahan Mei 2018

Asus Zenfone Max Pro (M1) Akan Memasuki Pasaran Malaysia Pada Pertengahan Mei 2018

Diterbitkan pada Apr 24, 2018 oleh .

Asus semalam telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Zenfone Max Pro (M1) secara rasminya di India. Kini, mengesahkan secara rasminya hari ini, Asus mengatakan peranti berkenaan akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya pada pertengahan Mei 2018 ini.

Asus Zenfone Max Pro M1 ini hadir dengan skrin 6-inci dengan nisbah skrin 18:9, dilengkapi cip Snapdragon 636, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 5000mAh.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan dwi-kamera belakang gabungan sensor 13MP + 5MP, dan menggunakan kamera swafoto 8-megapixel.

Menariknya mengenai telefon pintar ini adalah sokongan penggunaan antaramuka asli Android tanpa sebarang penambahan Zen UI seperti sejumlah peranti Asus yang lain.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Dengan Xiaomi menawarkan Redmi Note 5 pada harga bermula RM799, semestinya Asus ingin membuat suatu kejutan menarik untuk bersaing dengan Xiaomi melalui penawaran peranti Snapdragon 636 mereka ini.


TIPS & ULASAN