Netflix Akan Menghasilkan Siri Animasi Fast And Furious

Netflix Akan Menghasilkan Siri Animasi Fast And Furious

Diterbitkan pada Apr 24, 2018 oleh .

Siri filem The Fast and The Furious bermula sebagai siri pelumba jalanan haram sebelum berevolusi menjadi sebuah filem adiwira yang menggunakan kenderaan untuk menentang kejahatan. Setakat ini lapan buah filem dihasilkan dengan sebuah filem spin-off Hobs and Shaw sedang di peringkat awal produksi. Bagi yang meminati siri filem ini, ia akan ditawarkan pula sebagai siri animasi di Netflix.

Siri animasi  Fast and Furious akan dihasilkan dengan kerjasama DreamWorks Animations. Penonton boleh mengikuti pengembaraan Tony Toretto, saudara kepada Dom Toretto yang menjadi agen perisikan kerajaan bagi membanteras sindiket perlumbaan haram yang didalangi organisasi yang cuba menakluk dunia.

Vin Diesel, Neal Moritz dan Chris Morgan akan menjadi penerbit siri animasi ini dan manakala Tim Hedrick (DreamWorks Voltron Legendary Defender) akan menjadi penerbit eksekutif. Tiada tarikh tayangan siri animasi diumumkan tetapi filem seterusnya akan menemui peminat tahun hadapan.


TIPS & ULASAN