Tencent Bakal Menawarkan Permua Red Alert Online Di China

Tencent Bakal Menawarkan Permua Red Alert Online Di China

Diterbitkan pada Apr 24, 2018 oleh .

Red Alert boleh dikatakan merupakan salah satu permainan video yang popular suatu ketika dahulu, dan dimainkan ramai pemain seluruh dunia. Kini, menariknya ia dilihat Tencent yang popular dengan sejumlah permua menarik dipasaran hari ini, sedang dalam persiapan untuk menawarkan permua Red Alert Online.

Buat masa ini, Tencent telah membuka pra-daftar minat di China – sekaligus memperlihatkan ia akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Red Alert Online

Red Alert Online

Red Alert Online

Melalui video acah yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana Red Alert Online ini akan menawarkan permainan strategi masa-nyata, dan mungkin membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan lain. Daripada beberapa video yang turut hadir ke arena web, ia turut kelihatan yang mana permua ini akan dimainkan secara menegak, dan bukannya secara melintang. Kita mungkin akan mengetahui lanjut mengenai permua baru ini dalam minggu-minggu akan datang.

Dengan penawaran Tencent ini, sama-sama kita berharap agar Garena atau sesiapa turut menawarkan permua ini untuk pasaran Malaysia kelak.

Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Aksiz. Ikuti Aksiz untuk berita permainan video terkini./


TIPS & ULASAN