iPhone SE 2 Mungkin Menyokong Pengecasan Tanpa Wayar

iPhone SE 2 Mungkin Menyokong Pengecasan Tanpa Wayar

Diterbitkan pada Apr 24, 2018 oleh .

Minggu ini ialah minggu yang hangat dengan ura-ura mengenai iPhone SE 2. Model kemaskini ini dijangka akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi dan dipercayai dijual pada harga paling mampu milik di kalangan peranti iPhone tahun ini. Hari ini kedengaran pula ura-ura iPhone SE2 akan menyokong pengecasan tanpa wayar.

Ini ialah imej pengolokan yang dihasilkan oleh Benjamin Geskin berdasarkan maklumat yang diterima beliau dari sumber dalaman. Panel kaca akan menggantikan panel logam pada SE2 bagi menyokong sistem pengecasan tanpa wayar. Ura-ura lain yang didengar ialah SE2 akan menggunakan pemproses A10 Bionic, mengekalkan sistem Touch ID tetap tidak menyertakan bicu audio. Apakah pendapat anda tentang rekaan ini?


TIPS & ULASAN