Cari @ Amanz

Fungsi Stories mungkin ditiru oleh Instagram dari Snapchat tetapi ia kini lebih kerap digunakan berbanding pencipta asalnya. Semakin ramai menggunakan fungsi ini kerana gambar akan terpadam selepas tempoh 24 jam. Ada yang lebih menggemari memuat naik menggunakan Stories kerana memudahkan proses menceritakan kehidupan seharian mereka.

Hari ini Instagram mengaktifkan sokongan memuat naik gambar dan video ke Stories secara pukal. Sebelum ini ia perlu dimuat naik satu persatu dan agak leceh. Buat masa ini fungsi ini hanya disokong pada peranti Android. Sokongan untuk iOS akan hadir menerusi kemaskini dalam masa beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd