Cari @ Amanz

Meizu merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena telefon pintar, dan mempunyai penawaran yang menarik pada harga mampu-milik. Menariknya, kini Meizu mengesahkan kerjasama dengan pihak Google, dan mengatakan bakal hadir dengan sebuah telefon pintar berasaskan Android Go tidak lama lagi.

Bagi anda yang tidak mengenali akan peranti Android Go, ia merupakan peranti berspesifikasi rendah yang dioptimasikan untuk sistem operasi Android. Sebelum ini, beberapa pengeluar telah hadir dengan peranti Android Go, termasuk Nokia.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diumumkan untuk pelancarannya. Berkemungkinan besar, kita akan dapat melihat peranti Android Go pertama daripada Meizu pada tahun ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd