Cari @ Amanz

OnePlus 6 merupakan salah satu telefon pintar yang dinantikan ramai peminat gajet – apatah lagi dengan beberapa ketirisan sebelum ini. OnePlus 6 sedia diketahui bakal hadir dengan rekaan skrin bertakuk, selain menggunakan kerangka berasaskan kaca.

Terkini, pihak OnePlus mengesahkan yang mana peranti berkenaan akan dilancarkan secara rasminya di China pada 17 Mei kelak. Pelancaran global mungkin berlaku dengan perbezaan beberapa hari dengan pengenalan OnePlus 6 di China.

OnePlus 6 China

OnePlus menggunakan slogan memfokuskan kelajuan pada peranti berkenaan. Mengikut laporan sebelum ini, ia sedia diketahui yang mana OnePlus 6 akan hadir dengan cip Snapdragon 845 dan juga memori 8GB RAM.

Seperti biasa, kita akan mendengar lanjut mengenai peranti ini dalam minggu-minggu akan datang. Sama-sama kita nantikan pelancaran pada 17 Mei ini di China untuk mengetahui harga jualan dan sebagainya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd