Mi 6X Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 660 Dan Dwi-Kamera Dengan Kecerdasan Buatan

Mi 6X Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 660 Dan Dwi-Kamera Dengan Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada Apr 25, 2018 oleh .

Mi 6X akhirnya dilancarkan secara rasmi hari. Ini adalah pewaris kepada Mi 5X. Dari segi rekaan ia akan dilengkapi skrin 5.99″ FHD+, dijana dengan Snapdragon 660 dan memori 4GB/6GB RAM dan storan 64GB/128GB.

Xiaomi Mi 6X

Sistem dwi kamera utama menggabungkan sensor 12-Megapixel f/1.75 + 1.25μm dan 20-Megapixel f/1.75 + 2μm. Manakala kamera hadapan pula sebesar 20-Megapixel f/1.75 + 2μm. Keunikan pada sistem kamera Mi 6X adalah ia dibantu dengan kecerdasan buatan. Bateri berkapasiti 3010mAh membekalkan kuasa kepada peranti ini. Ia juga menyokong pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 melalui port USB-C.

Kecerdasan buatan pada kamera peranti ini mampu mengesan 24 objek/suasana berbeza. Manakala kamera hadapan pula mampu mengambil gambar mod potret dengan kesan bokeh yang lebih cantik. Sistem dua kamera pada bahagian belakang akan bertukar antara lensa pertama dengan yang kedua mengikut keadaan cahaya.

Xiaomi Mi 6X juga mengintegrasikan Xiao AI sebagai pembantu digital untuk peranti ini. Xiao AI ini diperlihatkan semasa pelancaran Mi Mix 2S.

Di China Mi 6X dengan 4GB RAM/64GB dijual pada harga RMB1599 (~RM992), model 6GB RAM/64GB pula RMB1799 (~RM1117), manakala model 6GB RAM/128GB pula dijual pada harga RMB1999 (~RM1241) sebuah. Warna yang ditawarkan pula ialah emas, merah jambu, biru muda, merah dan hitam. Pelancaran global sebagai Mi A2 masih belum diketahui.


TIPS & ULASAN