Google Mengubah Emoji Pistol Kepada Pistol Air

Google Mengubah Emoji Pistol Kepada Pistol Air

Diterbitkan pada Apr 25, 2018 oleh .

Keganasan akibat penggunaan senjata api amat hangat diperkatakan di Amerika Syarikat. Hampir setiap minggu akan berlaku kes pembunuhan massal sehingga semakin ramai ingin undang-undang pemilikan senjata AS diubah bagi memastikan keselamatan orang ramai. Perubahan masih belum dilakukan kerana ia termaktub di dalam perlembagaan tetapi di atas talian senjata api muka “diharamkan” dan digantikan dengan emoji lain.

Google akhirnya mengubah emoji pistol yang digunakan sejak bertahun lamanya dengan emoji pistol air. Pada tahun 2016, Apple adalah syarikat pertama yang mengubah rekaan emoji pistol kepada pistol air. Rekaan pistol air ini kemudian diikuti oleh Twitter dan Samsung.

Google telah pun mengemaskini repositori Noto Color Emoji di Github. Rekaan emoji pistol baru ini akan mula diperkenalkan pada Android P akan datang.


TIPS & ULASAN