Opera Melancarkan Pelayar Web Baru Untuk Peranti Mudah-Alih – Opera Touch

Opera Melancarkan Pelayar Web Baru Untuk Peranti Mudah-Alih – Opera Touch

Diterbitkan pada Apr 25, 2018 oleh .

Opera sedia mempunyai beberapa penawaran pelayar web sebelum ini, termasuk Opera Mini dan Opera Mobile. Kini, mereka turut menambah satu lagi penawaran pelayar web baru untuk pengguna peranti mudah-alih, iaitu Opera Touch.

Opera Touch

Membezakan Opera Touch dengan yang lain ialah dimana ia lebih dioptimasikan untuk penggunaan sebelah tangan. Butang akses untuk mengubah tab, dan juga untuk mengakses Bookmark diposisikan pada bahagian bawah – sekaligus tidak lagi menyukarkan anda untuk mencapai bahagian atas peranti untuk mengubah ke tab lain dan sebagainya.

Disamping itu, pengguna boleh mengakses menu untuk membuat carian dengan tap seketika. Pelayar web ini juga turut dilengkapi penghalang iklan dan pelombong kriptowang.

Buat masa ini, Opera Touch hanya ditawarkan untuk Android sahaja, dan ia bakal menyusul untuk pengguna iPhone.

Muat-Turun Opera Touch untuk Android


TIPS & ULASAN