Cari @ Amanz

Di Malaysia perkhidmatan perkongsian kenderaan amat popular kerana ramai pengguna tidak lagi sanggup memandu di dalam kesesakan jalan raya dan melayan kerenah pemandu teksi. Sungguhpun begitu pengguna perkhidmatan ini masih perlu meredah kesesakan jalan raya sebelum tiba ke destinasi.

Untuk kawasan yang mempunyai akses kepada sungai dan laut, perkhidmatan teksi air adalah alternatif kepada jalan darat. Oleh itu SeaBubbles ialah sebuah syarikat yang ingin menjadi Uber untuk perkhidmatan teksi air. Syarikat ini mula menguji teksi air berkuasa elektrik dengan rekaan aerofoil. Ini akan mengurangkan pencemaran dan pada waktu yang sama rekaan aerofoil menghasilkan teksi air yang stabil dan selesa dinaiki penumpang.

Ujian terkini telah berjaya dilakukan di Geneva. SeaBubbles berharap mereka boleh menawarkan perkhidmatan teksi air mereka di Paris dalam masa dua tahun. Seperti Uber, teksi air boleh dipanggil menggunakan aplikasi di dermaga khas yang bakal dibina. Dengan bateri sebesar 20 KWh, setiap teksi air mereka boleh berfungsi selama sejam pada kelajuan 12 Km/j sebelum perlu dicas.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd