Cari @ Amanz

Nintendo Switch merupakan salah satu daripada beberapa peranti yang menggunakan cip pemproses NVIDIA Tegra X1 di pasaran sekarang.

Baru-baru ini, terdapat laporan yang hadir yang menyatakan bahawa cip pemprosesan tersebut hadir dengan satu kerentanan sekuriti serius yang membolehkan pengguna memasukkan kod kedalam peranti-peranti yang menggunakan cip ini, dan kemudiannya menggerakkan perisian-perisian yang tidak diiktiraf.

Kerentanan ini hadir melalui mod USB recovery cip Tegra X1, dimana dengan beberapa kod, penggodam ini boleh mengelak sistem kunci dan mengakses BootROM Tegra ini, dan seterusnya membolehkan pengguna untuk mendapatkan akses dalaman.

Dengan peranti Nintendo Switch, masalah yang paling sukar untuk mengeksploitasi kerentanan ini ialah memaksa peranti tersebut untuk memasuki mod USB recovery tersebut. Satu kumpulan yang bernama fail0verflow menunjukkan bahawa cara mereka melakukan ini ialah melalui memintas litar satu pin di pengawak Joycon kanan untuk mengaktifkan mod tersebut.

Secara teknikalnya, dengan kerentanan ini yang dinamakan  Fusée Gelée, pengguna boleh memuat-turun permainan cetak rompak kedalam Nintendo Switch, dan pihak Nintendo tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghentikannya.

Akan tetapi, teknik pintasan litar ini hadir dengan risikonya sendiri, kerana terdapat juga beberapa laporan yang menyatakan bahawa terdapat kebarangkalian bahawa paparan konsol Nintendo Switch tersebut boleh rosak sekiranya peranti tersebut diprogram dengan tidak betul.

Menurut beberapa laporan lagi, masalah kerentanan cip pemproses Tegra X1 ini tidak boleh diperbaiki melalui kemaskini perisian, kerana ia hadir pada tahap fizikal, dan hanya boleh diperbaiki melalui model cip pemprosesan yang akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd