Xiaomi hari ini telah melancarkan telefon pintar Mi 6X secara rasminya, dan pada acara yang sama, CEO Xiaomi, iaitu Lei Jun turut mengumumkan janji menarik kepada peminat mereka – iaitu akan mengehadkan keuntungan maksima daripada jualan peranti kepada hanya 5% sahaja.
Ini bermakna, Xiaomi akan menjual peranti mereka seperti telefon pintar, peranti-berhubung dan sebagainya dengan kadar keuntungan dengan margin kurang 5%.
Today our CEO Lei Jun announced a promise to all our fans…#Xiaomi will forever limit the net profit margin after tax for our entire hardware sales (including smartphones, IoT and lifestyle products) to a maximum of 5%.
Do you like the sound of that? pic.twitter.com/ZbEjaVeBLf
— Mi (@xiaomi) April 25, 2018
Mungkin ramai sedia maklum yang mana Xiaomi tidak begitu menjana pendapatan melalui jualan peranti mereka. Malah, langkah ini turut menjadi salah satu titik kemenangan pihak Xiaomi dalam bersaing dengan sejumlah pengeluar lain di pasaran.
Xiaomi sendiri sejak awal telah memfokuskan kepada pembangunan ekosistem, dan dilihat lebih menjana pendapatan melalui beberapa perkara lain, termasuk aksesori, kandungan digital, edagang dan sebagainya.
Langkah pengumuman Xiaomi ini mungkin membuatkan jenama mereka lebih diminati berbanding beberapa pengeluar lain.