Samsung Memperkenalkan SSD NVMe 970 PRO Dan 970 EVO

Samsung Memperkenalkan SSD NVMe 970 PRO Dan 970 EVO

Diterbitkan pada Apr 25, 2018 oleh .

Apa yang kami sedari sejak menggunakan Windows 10 ialah tahap kelancaran komputer akan meningkat dengan mendadak selepas bertukar kepada storan SSD. Waktu diambil untuk boot up kini kurang dari lima saat berbanding hampir seminit menggunakan HDD. Bagi yang inginkan kepantasan, Samsung melancarkan dua SSD NVMe terkini iaitu 970 PRO dan 970 EVO.

Samsung 970 PRO mempunyai kelajuan membaca 3,500 MB/s dan kelajuan menulis 2,700 MB/s. Samsung 970 EVO pula mempunyai kelajuan membaca 3,500 MB/s adan kelajuan menulis pula ialah 2,500 MB/s. Saiz storan yang ditawarkan untuk 970 Evo adalah 250GB, 500GB, 1TB dan 2TB. Untuk 970 PRO saiz storan yang ditawarkan pula ialah 512GB dan 1TB. Harga jualan bermula $119.99  (~RM 470) untuk 970 EVO dan bermula dari $329.99  (~RM 1293) untuk 970 PRO.


TIPS & ULASAN