Cari @ Amanz

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang berasal dari Malaysia, dan menawarkan harga langganan yang lebih kompetitif berbanding yang lain.

Terkini, selain daripada hanya bergantung kepada langganan, iFlix dilihat kelak akan memperkenalkan iFlix versi percuma kepada umum.

iFlix versi percuma ini akan diperkenalkan dibawah iFlix 3.0 kelak, dimana ia akan turut hadir dengan sokongan pengiklanan. Disamping akses kepada pelbagai rancangan, ia juga akan menyertakan akses kepada siaran TV percuma terus melalui iFlix. Apakah had sepenuhnya, dan beza berbanding pelan berbayar masih tidak diketahui – selain daripada pengiklanan.

Selain daripada itu, iFlix juga dijangka akan menambah kandungan bersaiz kompak pada perkhidmatan mereka melalui Studio 215.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan iFlix 3.0 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd