Otterbox Melancarkan Kerangka Tahan Lasak Edisi Avengers Infinity War

Otterbox Melancarkan Kerangka Tahan Lasak Edisi Avengers Infinity War

Diterbitkan pada Apr 26, 2018 oleh .

Thanos telah mencederakan ramai ahli Avengers dalam percubaan merampas Infinity Stones untuk menakluki dunia. Anda kini boleh mengelak daripada “mencederakan” peranti anda dengan kerangka tahan lasak bertemakan Avengers Infinity War.

Otterbox kini melancarkan kerangka untuk telefon pintar mereka dengan bertemakan Avengers Infinity War. Otterbox terkenal dalam menghasilkan kerangka tahan lasak premium yang mampu melindungi peranti pengguna.

Kerangka edisi Avengers Infinity War Otterbox ini terdapat dalam siri Symmetry dan Defender untuk Samsung Galaxy S9/S9 Plus, iPhone 7/7 Plus, iPhone 8/8 Plus dan iPhone X. Rekaan yang ditawarkan ialah Thanos, Iron Man, Captain America, Black Panther dan Avengers. Harga yang ditawarkan adalah USD44.95 (~RM176) dan USD54.95 (RM215) untuk siri Symmetry, manakala USD59.95 (~RM235) untuk siri Defender.

Jika anda inginkan “baju zirah” seakan Iron Man untuk peranti anda, kini secara harfiah anda boleh melakukannya dengan kerangka Otterbox edisi khas ini.


TIPS & ULASAN