LG G7 ThinQ Akan Menggunakan Skrin Dengan Kecerahan Mencecah 1000 Nit
LG

LG G7 ThinQ Akan Menggunakan Skrin Dengan Kecerahan Mencecah 1000 Nit

Diterbitkan pada Apr 26, 2018 oleh .

Peranti LG G7 ThinQ akan dilancarkan pada 2 Mei hadapan. Pihak LG telahpun berkongsi sedikit sebanyak mengenai teknologi skrin yang akan digunakan peranti ini. Skrin 6.1 inci FullVision “Super Bright Display” dengan nisbah memanjang 19.5:9 dengan kecerahan mencecah 1000 nits tetapi 30% lebih menjimatkan penggunaan bateri berbanding skrin G6.

Setakat ini peranti telefon pintar dengan skrin paling terang ialah Galaxy Note 8 (1240 nits) diikuti pula oleh Galaxy S9 (1130 nits) dan iPhone X (804 nits). Selain daripada itu skrin ini juga menyokong mod  Eco, Cinema, Sports, Game dan Professional. Ini membolehkan paparan diubah mengikut kandungan yang ditonton. Mod Professional pula membenarkan pengguna menala sendiri tetapan RGB skrin mengikut kehendak peribadi.


TIPS & ULASAN