Microsoft Sedang Membangunkan “Windows 10 Lean” Untuk Peranti Dengan Saiz Storan Terhad

Microsoft Sedang Membangunkan “Windows 10 Lean” Untuk Peranti Dengan Saiz Storan Terhad

Diterbitkan pada Apr 26, 2018 oleh .

Microsoft kini dilihat sedang membangunkan sebuah lagi variasi sistem operasi Windows 10 yang infin memfokuskan peranti dengan saiz storan terhad, dinamakan sebagai “Windows 10 Lean“. Variasi sistem operasi baru ini dikatakan menggunakan fail pemasangan dengan perbezaan saiz sekitar 2GB berbanding Windows 10 biasa.

Windows 10 Lean

Ia dikatakan Microsoft lebih tujukan sistem operasi ini kepada tablet pada harga mampu-milik – yang mana sering hadir dengan storan sekitar 16GB. Dengan “Windows 10 Lean”, ia akan lebih dioptimasikan untuk tablet seumpamanya, sekaligus memberikan lebih ruangan untuk pengguna menyimpan fail dan dokumen mereka.

Walaupun membuang sejumlah perkara, namun, pengguna masih boleh memasang pelbagai aplikasi dan perisian terus pada Windows 10 Lean ini.

Daripada ujian awal para pengguna, sejumlah perkara yang dibuang pada Windows 10 Lean ini adalah termasuk Internet Explorer, Register Editor, sejumlah fail untuk pemacu CD dan DVD, dan beberapa yang lain.

Pihak Microsoft masih belum mengumumkan Windows 10 Lean ini secara rasminya. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN