Samsung Flip Kini Di Malaysia – Papan Putih Pintar Untuk Pejabat Pada Harga RM12,999

Samsung Flip Kini Di Malaysia – Papan Putih Pintar Untuk Pejabat Pada Harga RM12,999

Diterbitkan pada Apr 26, 2018 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan penawaran terbaru mereka untuk pengguna perusahaan dan juga pejabat, iaitu sebuah papan putih pintar dinamakan Samsung Flip.

Samsung Flip

Samsung Flip ini hadir dengan skrin bersaiz 55-inci dengan paparan resolusi UHD, dijana berasaskan sistem operasi Tizen 3.0, selain turut boleh dihubungkan ke komputer, tablet atau telefon pintar untuk berkongsi kandungan. Untuk input, ia turut menggunakan sebuah stylus khusus untuk memudahkan lakaran terus padanya.

Samsung Flip

Samsung Flip juga memberikan akses untuk menulis kepada sehingga 20 helai nota pada sesuatu masa – membolehkan anda mencatatkan sesuatu perkara padanya tanpa risau perlu memadam dan sebagainya. Ia juga turut hadir dengan sokongan storan terbina 8GB.

Beberapa ciri tambahan seperti perlindungan nota menggunakan kata laluan turut disediakan, selain sokongan untuk memaparkan Samsung Flip ini dalam orientasi menegak atau mendatar.

Di Malaysia, Samsung Flip ini ditawarkan pada harga RM12,999.

Samsung Flip


TIPS & ULASAN