Cari @ Amanz

Echo Dot adalah pembesar suara pintar daripada Amazon dengan pembantu digital Alexa terbina yang bersaiz lebih kecil daripada Amazon Echo. Semalam, Amazon mula mengambil pra-tempahan untuk Echo Dot Kids iaitu Echo Dot untuk kegunaan kanak-kanak. Rekaan Echo Dot Kids adalah sama dengan Echo Dot cuma dengan kerangka getah tahan lasak terbina.

Echo Dot Kids dijual pada harga $79 (~RM) dengan perkhidmatan premium FreeTime selama setahun. Ini adalah $30 lebih mahal berbanding model asas Echo Dot.  FreeTime adalah perkhidmatan yang mengaktifkan mod untuk kanak-kanak pada Echo Dot Kids ini. Ia mempunyai kawalan ibu bapa, mengehadkan fungsi, mempunyai masa maklum balas yang lama dan penggunaan bahasa yang mudah difahami kanak-kanak.

Selain itu, Echo Dot Kids turut menyertakan fungsi “Magic Word” untuk memastikan kanak-kanak menggunakan perkataan “please…” sebelum memberi arahan kepada Alexa. Perkhidmatan FreeTime ini turut memberi akses kepada kandungan khas Alexa daripada Disney, Nicklodeon, iHeart Radio Family dan juga penggera khas.Pelancaran rasmi Echo Dot Kids ini adalah pada 9 Mei 2018, akan tetapi pengguna sudah oleh mula membuat pra-tempahan melalui laman Amazon.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd