Cari @ Amanz

Jika anda seorang yang gemar menguji kebolehan komponen komputer ataupun laptop anda, samada untuk tujuan overclocking atau sebagainya, Futuremark kini sedang menjual siri perisian penanda aras komputer mereka di kedai atas talian Steam pada harga yang cukup murah.

Perisian-perisian ini termasuklah PCMark 10 (RM51), 3DMark 10 (RM51) dan juga VRMark (RM38), dan pada hari ini di Steam, kesemua perisian-perisian ini hadir dengan diskaun sebanyak 75 peratus, membuatkannya cukup murah sekali.

Jika anda inginkan kesemua perisian-perisian penanda aras ini, Futuremark juga hadir dengan berkas yang mengandungi ketiga-tiga perisian tersebut pada harga RM26 ringgit, yang merupakan diskaun 81 peratus daripada harga asalnya, iaitu RM140.

Futuremark tidak mengumumkan berapa lamakah diskaun besar ini akan hadir untuk perisian-perisian ini, jadi nasihat kami, jika anda inginkan atau memerlukan perisian ini, cepat-cepatlah membelinya pada harga yang sangat murah ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd